Saleem Iklim Meninggal Dunia Pagi Tadi

Hiburan

Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Ahad.

Berita sedih itu disahkan oleh anak tirinya, Gee Fakhira yang meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Artikel berkaitan: Saleem cedera kemalangan, motosikalnya dilanggar kereta dari arah belakang

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq Farhain juga seorang artis.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor.

Berita tersebut disahkan anak tirinya, Iera Fakhira, menerusi entri terbaharu di akaun Facebook miliknya. 

Source From :-
www.mstar.com.my
www.astroawani.com
www.flickr.com
www.youtube.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *